
Seorang sahabat bercerita padaku........ Dulu masa kecil- kecil , maknya cakap dia yang paling cepat pandai jalan dalam ramai-ramai adik-beradiknya.Sentiasa membangga dan menyenangkan hati maknya.
Apabila zaman kanak-kanak, kalau dia jalan dan berlari, asyik jatuh dan luka. Keluar banyak darah. Biasala budak hyperactive,jadi siapa yang dia cari. Mestilah mak dia....
"mak!!!! lutut adik keluar darah, sakit mak "
Tapi ayahnya marah-marah.
"adik ni kenapa asyik jatuh je. Dah lain kali tak payah keluar main, duk kat rumah!! hidup kalau tak menyusahkan mak bapak tak boleh ke?!!"
Dia masih teresak-esak menangis tidak mengerti ape yang ayahnya cuba sampaikan. Mak hanya membisu namun tangannya perlahan- lahan menyapu tangisan di pipi sambil memeluk erat tubuh kecil itu, kala itu lutut yang berdarah tidak terasa sakit seketika, damainya terasa ,hangatnya pelukanmu ,mak.Ubat gamat disapu pada lutut ,begitulah setiap kali anak kecil itu luka......
Tapi sekarang tidak lagi seperti dulu!!!
Luka dan masalah yang lagi besar sentiasa melanda hari-hari anak kecil yang kini menempuh alam dunia yang sebenar. kala itu tiada lagi ubat yang disapu mak, tiada lagi pelukan mak.
Luka dan masalah yang lagi besar sentiasa melanda hari-hari anak kecil yang kini menempuh alam dunia yang sebenar. kala itu tiada lagi ubat yang disapu mak, tiada lagi pelukan mak.
Dia termenung dan berbicara sendiri , setiap panggilan dari mak diputuskan ," anakmu jauh dri mu mak, masa tak seperti dulu ,bukan anakmu tidak ingin bercerita pada mak kesakitan yang terluka ini ,jauh sekali meminggirkan mak dalam setiap hal. Tapi anakmu tidak mahu mak dikejauhan merisaukan dan sedih memikir anakmu. Anakmu hanya ingin mak tahu yang dia sentiasa bahagia dengan setiap hari-harinya" Tumpah air mata aku mendengar ceritanya. Mungkin apa yang ayahnya cakap supaya jangan menyusahkan mak bapak , dia pegang sampai sekarang.Namun hati dan instinct seorang ibu terhadap anaknya sentiasa hidup. Biar si anak sembunyi dengan penuh kepura-puraan. Pasti seorang ibu mengetahui dan sentiasa mendoakan anaknya dalam setiap solatnya .Oleh itu, setiap solat dan setiap kali rindu mak ayah doakan mereka dan sedekahkan al fatihah. ana love umi abi ka bahri wa hatta infinity...
الواني فرحين
