Sunday, 27 October 2013

ATAS NAMA CINTA

 JOM BERHIBUR  DENGAN MENDENGAR NASYID

Atas Nama Cinta
UNIC




This video copy from : http://www.youtube.com/watch


 Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan


Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna


Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

 
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
Tajuk: Atas Nama Cinta

Dah habis bernasyid ? Macam mana, terhibur tak selepas kalian mendengar nasyid ini ? Anda semua  boleh jadikan lagu ini sebagai halwa telinga. Baiklah, nyanyi  pun nyanyi juga, tapi adakah anda semua menghayati setiap bait lirik lagu ini dengan mata hati? Cuba selami makna serta mengertinya.
Kerana Allah subhanallah taala menjadikan akal fikiran  untuk kita berfikir tentang perkara yang boleh mendekatkan kita kepadaNya.


Sebagai insan yang normal ciptaanNya, kita memerlukan hiburan dalam hidup ini untuk mewarnai hidup kita.Agama Islam adalah agama yang syumul. Islam tidak melarang pengganutnya untuk berhibur tetapi janganlah sampai hiburan itu melampaui batas dan melalaikan.Sebaiknya hiburan itu boleh mendekatkan hamba kepada Maliknya. Setiap perkara yang mengingatkan kita kepada Allah adalah zikir. Dalam masa yang sama, ia merupakan muhasabah diri.
 dan sebagai tarbiah hati.

SYUKRAN
JAZAKALLAH HU KHAIRUN JAZAK.
الواني  فرحين



No comments:

Post a Comment