Tuesday, 29 October 2013

GAMBARAN PUISIKU






Saat cengkerik bernada keriangan,
Detik waktu terus berlalu,
Di sini aku yang kesunyian,
Siapalah aku di dunia yang luas ini,
Ibarat sebutir pasir di pantai;


Setiap saat aku berteriak,
Mencari teman berkongsi hiba,
Teriakanku cuma di hati sekadar rima tak berbunyi,
Ingin ku berlari dan terus berlari,
Lari dari kesunyian yang membosankan;


Sesuci embun pagi yang jernih,
Munculnya suria memancarkan sinaran,
Alam bertasbih memuja ilahi maha esa,
Terkejar - kejar aku mencari pelangi bahagia,
Tapi  hakikatnya pelangi itu tiada kesudahan;


Alangkah indahnya  jika alam bisa berbicara,
Di saat itu aku tak lagi sendiri,
Jalani takdirku dengan hati yang damai,
Di saat mata ditutupi malam,
Aku hanya mampu menyebut namaMu,
Terasa kesunyian itu lari dari jiwa yang lara ini. 




SYUKRAN
JAZAKALLAH HU KHAIRUN JAZAK

الواني  فرحين




Sunday, 27 October 2013

ATAS NAMA CINTA

 JOM BERHIBUR  DENGAN MENDENGAR NASYID

Atas Nama Cinta
UNIC




This video copy from : http://www.youtube.com/watch


 Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan


Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna


Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

 
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
Tajuk: Atas Nama Cinta

Dah habis bernasyid ? Macam mana, terhibur tak selepas kalian mendengar nasyid ini ? Anda semua  boleh jadikan lagu ini sebagai halwa telinga. Baiklah, nyanyi  pun nyanyi juga, tapi adakah anda semua menghayati setiap bait lirik lagu ini dengan mata hati? Cuba selami makna serta mengertinya.
Kerana Allah subhanallah taala menjadikan akal fikiran  untuk kita berfikir tentang perkara yang boleh mendekatkan kita kepadaNya.


Sebagai insan yang normal ciptaanNya, kita memerlukan hiburan dalam hidup ini untuk mewarnai hidup kita.Agama Islam adalah agama yang syumul. Islam tidak melarang pengganutnya untuk berhibur tetapi janganlah sampai hiburan itu melampaui batas dan melalaikan.Sebaiknya hiburan itu boleh mendekatkan hamba kepada Maliknya. Setiap perkara yang mengingatkan kita kepada Allah adalah zikir. Dalam masa yang sama, ia merupakan muhasabah diri.
 dan sebagai tarbiah hati.

SYUKRAN
JAZAKALLAH HU KHAIRUN JAZAK.
الواني  فرحين



Saturday, 26 October 2013

CORETAN PUISI CINTAKU PADA-MU




بسم الله الرحمن الرحيم  





Saat waktu terus berlalu,
Detik demi detik berputar,
Sang Suria serta Sang Bulan                      
akur bergilir pada paksi suruhan-Nya,
Masyallah,betapa indahnya ciptaanMu .

Di kala itu,
Hati ini sering alpa membelai fatamorgana duniawi ,
Perilaku ini selalu diselubungi noda dosa dan khilaf,

Ya ilahi,
Jiwa ini terlalu rapuh,
Hati ini sering terkeliru,
Apakah maksud cinta yang hakiki,

Subhanallah,
Kenikmatan Islam bersama Iman,
Melahirkan rasa cinta serta syukur yang tidak terperi,
Hati dan jiwa ini meronta ingin
MengenaliMu
MemujaMu
MengagumiMu
dalam setiap helaan nafas hembusan yang dipinjam seketika,























Hadirnya kedamaian bersatu meresap
Kesanubari hati yang paling dalam buat jiwa kerdil ini,
Betapa syumulnya rasa kasih-Nya
Arrahman, Arrahim,

Kala itu,
Muhasabah cintaMu,
Baru hati ini sedari,
Tiada cinta yang hakiki,
Melainkan cintaMu Ya Allah,
Cinta ini hanya untuk
Penciptanya yang teragung,

Ya Rabbulizzati,
Berilah rasa cinta padaMu ini melebihi
Dunia dan segala isinya,
Istiqomah  jiwa ini dalam ketaatan,
Kepatuhan padaMu, Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tuhanku
Pemilik hati  dan rasa cinta,
Damailah hati ini padaMu, Ya rabbi.





SYUKRAN
JAZAKALLAH HU KHAIRUN JAZAK
                                
الواني  فرحين


         
   

    
               

Wednesday, 23 October 2013

TEMAN SEJATI






Pernah kita ketawa mengenang masa lalu yang mewarnai kehidupan,

Pernah kita menangis mengenangkan keperitan derita yang ditanggung,

Tapi sememangnya lebih menyedihkan jika kita sendiri tanpa teman sejati disisi,

Bukalah mata hatimu wahai teman terindah dalam hidupku,

Betapa agungnya Ilahi yang maha mengetahui segalanya;

bintang dan bulan, 

aur dan tebing,

laut dan pantai,

 







Semuanya mempunyai teman sejati,

Saling bergantung serta saling memerlukan,

Seratus teman adalah terlalu sedikit,

Seorang musuh adalah terlalu ramai,

Wahai temanku yang membawa sinar cahaya hidupku,

Jangan gembira serta alpa apabila punyai ramai teman,

Kerana yang akan menangis bersamamu ,

Adalah teman sejatimu hingga ke Syurga yang hakiki.





JAZAKALLAH HU KHAIRUN JAZAK..
TERIMA KASIH..

  الواني فرحين 

Saturday, 12 October 2013

MY FIRST TAA'RUF...

                                                    ASSALAMUILAIKUM....JAMI'AN


 Annyeong haseyo  .....
 HOW ARE YOU....
 APA KHABAR..
 KAIFA HALUKUM ??







     Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati Allah taala, insyallah..
Untuk pengetahuan semua, saya  teramat  baru dalam penulisan blog ini dan saya mengharapkan bantuan serta tunjuk ajar daripada anda semua.

    Nama diberi ALWANI FARHIN BINTI ROSLI, berasal dari Kelantan ,negeri Cik Siti Wan Kembang.Orang yang mengenali diri ini hanya memanggil saya AL-nama pendek saya.Jadi, anda semua boleh panggil saya AL.Saya sedang belajar di salah sebuah IPTA di Malaysia dan mengambil kos Bahasa Arab buat masa ini.Kenapa AL nak cuba dalam penulisan blog,kenapa ye?? AL pun  tak tahu.tapi  yang jelasnya, setiap yang berlaku dalam hidup ni,ada sebab dan telah ditetapkan. Sebab pencipta kita lebih mengetahui segalanya, apalahlah daya kita,hanyalah seorang hamba yang menagih cinta-NYA.

   AL ada banyak puisi yang  dibuat sendiri dari dulu hingga sekarang,sebab itu mamang minat AL,dan ada kisah-kisah menarik untuk dikongsi, mungkin boleh menjadi iktibar,gelak tawa,tempat berbagi cerita kepada anda semua.Lepas nih akan ada puisi dan cerita-cerita dari AL,Insyallah.Harap anda semua sudi membaca, membuka mata hati.AL sedia menerima terguran dan kritikan dari anda semua, kerana tiada yang sempurna di dunia ini,Allah taala lah maha sempurna.

  Kenapa nama" PUISI CINTA SEORANG HAMBA" .Puisi- ibarat satu penulisan kita,karya kita, dan apa-apa luahan hati kita yang dizahir melalui penulisan.Cinta seorang hamba- kita semua di dunia ini adalah seorang hamba kepada Tuhan kita ,penagih cinta Arrahman .Harap- harap kita adalah عبدالرحمن .Dalam surah Al-furqan,ayat 61-77.Allah menerangkan ciri-ciri ibadurrahman.Dan apabila anda membaca ayat ini hayatilah maknanya.Semoga kita semua ada ciri2 seorang ibarrahman. 

Setakat ini dahulu coretan taa'ruf AL
apa yang Baik datang dari ALLAH TAALA,
dan apa yang kurang itu datang dari hamba  yang lemah 
dan menagih cinta tuhan yang maha sempurna.





 
Sekian,
maal salamah, wailal liqaq........

الواني  فرحين






Wednesday, 9 October 2013

I AM YOUR SERVANT, OH ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم    
                                          ASSALAMUALAIKUM,,,,,,JAMI'AN :D



OHHH...MY ALLAH..........
YOU  ARE MY DESIRE,
YOU ARE MY  DESTINATION,
YOU ARE MY PURPOSE ,

Forgive me for being too preoccupied with worldly,
forgive me because i  forget the main purpose of my life,
forgive me because i always do mischief on your earth,
forgive me for not patient and  always  complain your conjecture,




This heart is always trying to find the real meaning of love,
This heart is always looking for true meaning of peace,
This heart is always seeking for  your repentance,
This heart is just want your perfect love,



My lord......
accept my love,
i just want to be your real servant,true lover.
accept my repentanse,
i knew my sins as lot as sand in a beach.





That love drawing hearts,and coloring true happiness,



SYUKRAN
JAZAKALLAH HU KHAIRAN JAZAK

الواني  فرحين