Pernah kita ketawa mengenang masa lalu yang mewarnai kehidupan,
Pernah kita menangis mengenangkan keperitan derita yang ditanggung,
Tapi sememangnya lebih menyedihkan jika kita sendiri tanpa teman sejati disisi,
Bukalah mata hatimu wahai teman terindah dalam hidupku,
Betapa agungnya Ilahi yang maha mengetahui segalanya;
bintang dan bulan,
aur dan tebing,
laut dan pantai,
Semuanya mempunyai teman sejati,
Saling bergantung serta saling memerlukan,
Seratus teman adalah terlalu sedikit,
Seorang musuh adalah terlalu ramai,
Wahai temanku yang membawa sinar cahaya hidupku,
Jangan gembira serta alpa apabila punyai ramai teman,
Kerana yang akan menangis bersamamu ,
Adalah teman sejatimu hingga ke Syurga yang hakiki.
JAZAKALLAH HU KHAIRUN JAZAK..
TERIMA KASIH..
الواني فرحين


No comments:
Post a Comment